Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah mengumumkan hari Ahad (20 Mei 2012) sebagai cuti peristiwa bagi memberi peluang kepada penyokong Kelantan pulang dengan selesa selepas menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan vs Sime Darby FC pada 19 Mei 2012 ini.

Kerajaan negeri tidak mahu ada peminat Kelantan yang kelam kabut untuk pulang selepas menonton perlawanan akhir berkenaan. Dalam pada itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga meminta peminat bola sepak Kelantan agar menjaga keselamatan dan nama baik negeri itu pada pertandingan akhir Piala FA itu nanti.

“Mereka patut menjaga nilai-nilai semangat kesukanan yang sebenar di jiwa mereka serta menghargai apabila mereka diberi cuti peristiwa selama sehari Ahad ini sempena perlawanan bola sepak itu,” katanya dalam laman sosial Facebooknya hari ini.

Kira-kira 50,000 peminat bola sepak dari negeri itu dijangka membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada pasukan The Red Warriors pada hari berkenaan. Jualan tiket juga sedang meletup-letup dipasaran dan para peminat jangan terlalu ghairah membeli tiket. Pastikan anda membeli dari penjual yang sah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.