Tokoh Maulidur Rasul 2012 Datuk Dr Yaakob Che Man Meninggal Dunia | Profesor Datuk Dr Yaakob Che Man, yang merupakan Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan (2010) meninggal dunia petang ini akibat kanser pankreas. Beliau yang merupakan bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada kira-kira 3.45 petang.

Allahyarham, yang berasal dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu, meninggalkan seorang balu, Wan Jamilah Abdullah, 54, dan lapan anak serta seorang cucu. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, pada kira-kira 6.45 petang.

Profile Datuk Dr Yaakob Che Man

Yaakob mula berkhidmat dengan UPM sebagai pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi sebelum dipinjamkan sebagai pengasas IPPH. Sepanjang berkhidmat dengan IPPH, Allahyarham menjalankan pelbagai kajian bagi menghasilkan kaedah untuk mengesan kehadiran sumber haram seperti lemak dan daging babi serta kandungan alkohol dalam produk, termasuk makanan.

Sebagai pengiktirafan kepada usaha itu, Yaakob menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Saintis Halal Kebangsaan, Anugerah Harta Intelek Negara, Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan (2010), Anugerah Antarabangsa Khawarizmi daripada Pertubuhan Penyelidikan Iran serta beberapa anugerah lain di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.