Tomok ‘Berlakon’ Bersama Isteri Demi Peroleh Penghayatan Watak | Boleh dikatakan Tomok adalah ‘orang baru’ dalam bidang lakonan. Namun dia nampaknya sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Oleh itu, jika menerima apa-apa tawaran berlakon, dia akan berlatih dengan bersungguh-sungguh demi menghidupkan lakonannya.

Tomok juga bertuah apabila isterinya, Rahayu Abbas (Ayu) sanggup meluangkan masa untuk berlatih bersamanya bagi mendapatkan watak terbaik dalam karya yang dia lakonkan. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 28, berkata, apabila menerima sesebuah tawaran watak dalam filem, dia akan memastikan latihan secukupnya dibuat sebelum memulakan sesi penggambaran.

“Saya sedar, sebagai pendatang baru di dunia lakonan, banyak perkara yang perlu diasah. Walaupun ada sesi pembacaan skrip bersama pelakon lain, rasanya ia tidak cukup untuk saya bersedia di set. Maka latihan berlakon akan disambung di rumah pula di mana Ayu menjadi gandingan watak saya. Alhamdulillah, saya bersyukur dan bertuah kerana ada dia,” katanya.

Tambah Tomok, isterinya juga merupakan pengkritik utama dalam setiap filem yang dilakonkan, selain menjadi penyokong terhadap karier barunya itu.

Sementara itu, selepas membuat percubaan di bidang lakonan menerusi filem pertamanya, Mantera dan terbaru, Istanbul Aku Datang yang akan ditayangkan pada 8 November 2012 ini, Tomok mengakui dia seronok melalui pengalaman sebagai pelakon.

“Selepas mendengar respons daripada ramai pihak, rasanya perjalanan (lakonan) boleh diteruskan. Yang penting saya mahu setiap lakonan yang disampaikan mendapat impak kepada penonton yang menyaksikannya, dan pada masa sama, saya akan perbaiki setiap kelemahan yang ada,” ujarnya sebagaimana yang disiarkan dalam mStar Online.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.