Top 10 Search Carian Google Malaysia Jun 2012 | Pelbagai cerita menarik yang berlaku sepanjang bulan Jun 2012. Namun kadang-kadang kita tak sedar apakah yang benar-benar menarik dan menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahuinya. Berdasarkan laporan Google Malaysia, untuk minggu ke-3 Jun 2012 ada 10 Carian Google terhangat di Malaysia.

TOP 10 SEARCH GOOGLE MALAYSIA JUN 2012

1. PETRON

Pertukaran hak milik syarikat minyak, Esso dengan Petron telah menjadi tajuk hangat di carian Google Malaysia. Sememangnya nama Petron menjadi kunci carian google untuk bulan ini. Semua orang telah diberitahu Petron stations menggantikan Esso stations selepas pengambilalihan oleh Philippines-based Petron Corp yang dimiliki oleh San Miguel Corporation dan Esso Malaysia Bhd (EMB).

2. ISRAK MIKRAJ

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

3. ANZALNA

Selebriti yang sedang hangat dengan kontroversi ini antara beliau dan Neolofa (Noor Neelofa Mohd Noor) dan Anzalna Nasir berkemungkinan berdepan tindakan saman oleh Neelofa. Beliau antara artis tempatan yang mendapat carian tertinggi di google. Tahniah, kerana kontroversi anda berjaya!

4. KEANU REEVES

Beliau antara selebriti Hollywood yang mendapat perhatian dari peminat di Malaysia. Dikhabarkan beliau akan bergandingan dengan Salman Khan dalam filem Bollywood.

5. E-PANGKAT

Carian berkenaan e-Pangkat sememangnya sudah hangat sejak diumumkan oleh Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Ia menjadi tumpuan para guru untuk membuat semakan kenaikan pangkat sebagaimana yang diumumkan.

6. EURO RESULTS

Kaki bola memang tercari-cari mengenai Keputusan Perlawanan Euro 2012. Boleh dikatakan semua berkenaan Euro 2012 menjadi perhatian di goolge.

7. UNCLE SEEKERS

Kehangatan mengenai gosip terbaru blogger ini menjadikannya antara yang popular dalam carian google Malaysia minggu ini.

8. JUSTIN BIEBER

Beliau baru sahaja melancarkan album baru, Believe, pada 19 Jun 2012, antara bintang muda yang menyinar dengan pelbagai isu dan kontroversi. Untuk makluman video klip beliau ditonton lebih 8 juta orang dalam masa 24 jam.

9. LEGOLAND MALAYSIA

Taman Tema Legoland di Asia yang pertama akan dibuka pada 15 September 2012.

10. AZHAR IDRUS

Ini tak payah nak ulas, beliau memang dah sangat-sangat popular dah ni. hehe


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.