Puchong adalah sebuah daerah bandar di dalam linkungan metropolitan Kuala Lumpur atau Selangor.  Daerah Puchong telah wujud hampir 120 tahun yang lalu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan lombong dan sungai.  

tempat menarik di puchong

Imej via [Hungrynowhere]

Pada tahun 1900, orang asli menjadikan burung Puchong sebagai makanan kegemaran mereka. Sehinggalah seorang anak melayu memberikan nama Puchong untuk kawasan ini.  Puchong bukan sahaja terkenal dari sektor ekonomi dan pentadbiran, tetapi sektor pelancongan juga amat popular di sini.

 

1.  Taman Saujana Hijau

tempat menarik di puchong

Imej via [JustRunLah]

Tahukah anda, Taman Saujana hijau merupakan salah satu tempat menarik di Puchong untuk bersiar-siar dan bersantai?  Taman Saujana Hijau ini mempunyai keluasan lebih kurang 40 hektar persegi dengan berlatar belakangkan landskap tumbuhan segar nan hijau. 

Taman ini terbahagi kepada 3 zon iaitu Taman Eropah, Garden Oriental dan Taman Inggeris.  Untuk masuk ke sini, taman yang terletak berhampiran dengan balai polis Presint 11 ini tidak dikenakan sebarang bayaran.  Uniknya, taman ini direka menggunakan konsep senibina eropah.

Kemudahan seperti gazebo juga disediakan bagi pengunjung untuk lepak-lepak dan bersantai. Sekiranya anda kaki fotografi, tempat ini sangat ideal buat anda bergambar.  Salah satu tarikan menarik untuk berfotografi adalah kerana taman ini dikelilingi bunga yang cantik.

 

2.  Farm In The City

tempat menarik di puchong

Imej via [happygokl]

Farm In The City yang terletak di Sri Kembangan Selangor ini adalah sebahagian daripada tempat menarik di Puchong yang sesuai untuk anda kunjungi.  Apa yang membuatkan Farm In The City ini berbeza dengan zoo lain adalah di sini anda dapat mendekati haiwan dengan lebih dekat lagi.

Ia menggunakan konsep yang unik dimana tempat ini menggabungkan tiga elemen yakni haiwan, tumbuhan dan alam semula jadi.  Farm in The City ini juga menyediakan khidmat tour guide untuk memudahkan lawatan anda sekiranya berkunjung ke sini. Aktiviti wajib anda lakukan di sini ialah memberi makan kepada binatang, bergambar dan semestinya cuci mata melihat haiwan-haiwan unik dan jarang anda temui.

Lokasi ini menempatkan hampir 100 jenis spesis haiwan dan tumbuhan eksotik. Mereka beroperasi setiap hari kecuali selasa bermula jam 9.30 pagi hingga 6 petang.  Bayaran masuk di sini berbeza-beza mengikut pakej serendah RM 30 bagi dewasa manakala RM 25 bagi kanak-kanak.

 

3.  Enerz Extreme Park

tempat menarik di puchong

Imej via [malaysia-asia]

Aktiviti sukan dan lasak boleh anda lakukan di tempat menarik di Puchong khas untuk peminat aktiviti lasak ini. Enerz Extreme Park yang terletak di Subang ini dinobatkan sebagai tanman ekstrem trampolin terbesar di Asia iaitu dengan keluasan 80,000 persegi. 

Antara aktiviti yang menyeronokkan disini adalah seperti melompat di atas trampolin, gut builder, dodge ball, wall climbing dan banyak lagi.  Terdapat hampir 12 gelanggang badminton juga yang harus anda cuba. 

Tempat menarik di Puchong ini sangat ideal buat semua peringkat umur.   Taman ekstrim ini beroperasi pada jam 2 petang sehingga 10 malam.  Harga tiket pula berbeza-beza mengikut jenis permainan dan masa.

 

4.  Hutan Simpan Ayer Hitam

tempat menarik di puchong

Imej via [mstar]

Hutan Simpan ini yang mempunyai keluasan 4,270 hektar ini sering didatangi oleh pengunjung-pengunjung untuk melakukan aktiviti seperti jungle treking dan berkhemah.  Kini, lebih 100 penyelidikan sedang dijalankan di hutan simpan ini, manakala secara purata 4,000 orang pengunjung datang melawat setiap tahun. Memang tak dinafikan ia adalah tempat menarik di Puchong.

Terdapat sungai dan air terjun yang bersih untuk anda berkelah dan bermandi-manda.  Anda boleh melihat pelbagai kejadian alam semulajadi seperti 430 spesies tumbuhan bunga, 33 spesies paku pakis, 127 spesies balak dan 99 spesies herba.

Fauna juga boleh anda temui di sini seperti lima daripada 10 spesies mamalia besar di Semenanjung Malaysia, 208 spesies burung, 18 spesies katak, 14 spesies mamalia kecil, 13 spesies kelawar, dua spesies reptilia dan 10 spesies ikan.

Kepelbagaian spesies ini menjadi daya penarik untuk para penyelidik melakukan kajian saintifik terhadap hutan simpan Ayer Hitam yang boleh anda kunjungi ini.

 

5.  Sunway Lagoon Water Park

tempat menarik di puchong

Imej via [sunwaylagoon]

Siapa yang tak pernah dengar tentang taman tema air yang lebih terkenal dari Lost World Of Tambun ini?  Sunway Lagoon yang merupakan tempat menarik di Puchong ini dibina dengan keluasan 88 ekar.  Taman yang bertaraf dunia ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan aktiviti seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.

Sunway Lagoon juga sering dijadikan sebagai tempat bagi acara muzik seperti MTV World Stage dan Arthur day celebration. Sangat banyak aktiviti menyeronokan yang harus anda cuba di sini. Destinasi ini beroperasi pada setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Harga tiket pula serendah RM 90 bagi orang dewasa manakala RM 65 bagi kanak-kanak. Anda boleh mendapatkan tawaran harga dan promosi mengikut tarikh dan masa tertentu.

 

6.  Camp 5 Indoor Climbing Wall

tempat menarik di puchong

Imej via [maisinggah]

Buat anda yang menyukai aktiviti lasak, tempat menarik di Puchong yakni Camp 5 Indoor Climbing Wall ini sangat sesuai buat anda.  Persekitaran di sini amat selesa siap dengan penyejuk udara lagi dan aspek kelengkapan keselamatan yang terjamin, pastinya aktiviti di sini menjanjikan keseronokan dan cabaran buat anda.

Tatkala anda sampai di puncaknya, anda akan dihidangkan dengan pemandangan yang mempesonakan.  Jangan risau jika anda tidak ada pengalaman mendaki, anda boleh memilih pakej percubaan ataupun menyertai kelas rock climbing yang disediakan di sini.

Selain berseronok, anda juga dapat berolah raga sekaligus dapat menyihatkan tubuh anda. Camp 5 Indoor ini dibuka setiap hari bermula jam 2 petang hingga 10 malam.  Bayaran tiket yang dikenakan pula hanya serendah RM 33 bagi dewasa manakala kanak-kanak pula RM 16.

 

7.  Galactic Laser Tag

tempat menarik di puchong

Imej via [farah zulkefli]

Aktiviti ataupun permainan laser tag ini mirip konsepnya seperti paintball cuma ia lebih menjerumus ke arah moden. Cuma yang membezakan adalah paintball menggunakan peluru cat yang agak menyakitikan jika terkena kulit, namun Galactic Laser Tag menggunakan laser sekaligus mengurangkan risiko dari aspek keselamatan.

Buat remaja yang berjiwa muda, anda pasti akan teruja.  Bayangkan anda bermain perang-perang dan tembak menembak ditambah pula dengan suasana gelap berkabus. Terasa sangat mencabar dan teruja bukan?  Permainan ini juga mampu menajamkan fikiran dan menggunakan otak untuk berfikir. 

Lokasi tempat menarik di Puchong ini beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.  Bagi anda yang telah menjadi ahli, bayaran masuk adalah sekitar RM 33- RM 51 manakala bagi anda yang bukan ahli, tiket masuk adalah RM 38 – RM 58.

 

8.  Min Nature

tempat menarik di Puchong

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Puchong seterusnya adalah Min Nature.  Min Nature adalah sebuah tapak pameran miniature yang terbesar di Asia dengan keluasan 17,000 kaki persegi.  Pameran ini biasanya mempamerkan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, ia juga banyak memaparkan pameran yang mewakili bahagian lain di dunia. Kebanyakan bangunan dan struktur yang direka menggunakan reka bentuk 3D dan teknologi percetakan 3D.  Ia mempunyai bahagian interaktif dan bacaan di mana pelawat boleh berinteraksi dengan model dan juga membaca fakta menarik dan juga sejarah mengenai pameran.

Pengunjung dapat melihat bandar kecil yang direka siap dengan patung manusia menjadikan model bandar mini  itu seakan hidup. Kereta api bergerak bersaiz mini juga turut menghiasi kota buatan itu.  Tempat ini sangat sesuai buat semua peringkat umur.

Sebelum pulang ke rumah, jangan lupa beli modeling kit buat anak-anak anda. Mereka pasti teruja.  Menariknya, Min Nature adalah satu-satunya miniature yang terdapat di Malaysia. Waktu operasinya setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam manakala bayaran pula seharga Rm 28 bagi dewasa dan RM 15 bagi kanak kanak.

 

9.  Muzium Warisan Melayu

tempat menarik di puchong

Imej via [Wikipedia]

Tempat menarik di Puchong kali ini bertemakan sejarah.  Muzium ini dibuka pada bulan April 2012.  Ia mempamerkan budaya unik orang Melayu dan mengandungi koleksi barangan berharga yang sebahagiannya tidak ada  di muzium lain di Malaysia.

Khazanah melayu yang dipamerkan disini adalah seperti manuskrip lama, pakaian, senjata dan peralatan isi rumah orang melayu.  Pameran tersebut dibahagikan kepada dua iaitu pameran dalam galeri dan juga pameran di luar galeri secara terbuka.

Dikawasan luar muzium pula terbinanya 4 buah rumah melayu tradisional yang berusia sekitar 100 tahun.  Reka bentuk rumah-rumah ini datang dari pelbagai negeri di Malaysia dan telah dibina semula di sini.  Setiap rumah mempunyai gaya seni bina yang tersendiri.

Anda boleh menghayati seni binaan tradisional Melayu yang utuh dan unik dari luar dan dalam rumah-rumah tersebut.  Muzium ini dibuka pada setiap hari pada jam 10 pagi hingga 5 petang dan bayaran hanya RM 2 untuk setiap orang.

 

10.  Sunway City

tempat menarik di puchong

Imej via [BusinessCircleKL]

Anda mencari tempat untuk bersuka ria dan membeli belah? Sunway City lah tempatnya. Macam-macam jenis kedai dan restoran yang boleh anda temui di lokasi ini. Tempat menarik di Puchong ini adalah destinasi pelancongan Malaysia yang mempunyai pelbagai tarikan hiburan, rekreasi dan tempat membeli belah seluas 800 ekar.

Sunway City juga merangkumi kemudahan pendidikan dan penjagaan kesihatan bertaraf dunia. Pasti anda tidak bosan bersiar-siar di dalam Sunway City ini. 

 

11.  Bukit Puchong

tempat menarik di puchong

Imej via [margetrie]

Bukit Puchong terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam dan ia juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Puchong bagi anda yang suka mendaki. Tak semestinya anda perlu mendaki umpama mendaki gunung-ganang, anda perlu mendaki sedikit sahaja bukit Puchong ini untuk menikmati keindahan hutan segar ini.

 

12.  Blue Lagoon Puchong

tempat menarik di puchong

Imej via [brad.erva-doce]

Blue Lagoon Puchong adalah tempat mandi tersorok? Siapa kata? Sebenarnya Blue Lagoon Puchong ini merupakan tempat menarik di Puchong tetapi kawasannya sedikit tersorok daripada kawasan bandar.

Blue Lagoon ini berkonsepkan air terjun yang dikelilingi batu hutan dan kawasannya amat dingin sekali.  Airnya pula sejuk, seronok jika dapat berendam di sini.

tempat menarik di puchong

Imej via [edgeprop]

Itulah sekitar 12 tempat menarik di Puchong yang ramai tidak tahu. Kini, anda boleh lawati tempat menarik di Puchong ini untuk bersantai, berjalan-jalan dan melakukan aktiviti menyeronokkan. 

Siapa kata Malaysia tidak mempunyai tempat percutian bertaraf antarabangsa? Tempat menarik di Puchong ini telah membuktikan segala-galanya.  Jom baca tempat menarik di Jerantut dan tempat menarik di Yan Kedah pula.

 

Rujukan

  1.  Tripadvisor
  2. Google Sight
  3. Wikipedia

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.