Kementerian Pengangkutan mendedahkan transkrip penuh komunikasi antara pesawat penerbangan MH370 dan Pusat Kawalan Udara Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 lalu. Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, transkrip penuh yang sudah diberikan kepada ahli keluarga penumpang itu bagaimanapun tidak mengandungi sebarang komunikasi luar biasa.

“Siasatan awal Malaysia Airlines sebelum ini mendapati suara terakhir dari kokpit pesawat adalah pembantu jututerbang, namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesahkan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut adalah lampiran penuh transkrip komunikasi berkenaan:

transkrip komunikasi atc dan mh370 1 transkrip komunikasi atc dan mh370 2

Tegasnya pasukan siasatan antarabangsa dan pihak berkuasa Malaysia kekal dengan pandangan bahawa sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar primer milik tentera, pergerakannya konsisten dengan tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat.

Sumber: myMetro


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.