Tuduh Aidil Ada Hubungan Dengan Tengku Fiella – Nazmi Mohon Maaf | Kecoh sebelum ini apabila pemain sensasi negara yang berpangkalan di SC Beira-Mar Portugal, Mohd. Nazmi Faiz Mansor menuduh Aidil Zafuan Abd. Radzak ada hubungan dengan bekas kekasihnya Tengku Fiella. Bagaimanapun isu berkenaan dianggap oleh Aidil sudah selesai kerana Nazmi dikatakan sudah memohon maaf kepadanya.

Namun Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan, serta suami kepada aktres Rita Rudaini menuntut Nazmi membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menuduhnya menjalinkan hubungan sulit dengan bekas teman wanitanya itu.

nazmi dan aidil

Aidil, 25 berkata menerusi laporan Malaysia Digest, tuduhan Mohd Nazmi, 19, yang dibuat menerusi Twitter miliknya itu telah memburukkan lagi keadaan Aidil yang masih berhadapan masalah rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.

“Masalah saya dengan Rita masih belum selesai, timbul pula hal baru yang tidak benar. Saya tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita dan saya minta Mohd Nazmi memohon maaf dengan tuduhannya itu,” kata Aidil kepada mStar Online.

Mohd Nazmi yang juga bintang bola sepak remaja kebangsaan menerusi Twitter miliknya pada Isnin telah menuduh Aidil Zafuan mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya sehingga sanggup memberikan wang RM1,000 untuk berbelanja. Malah Mohd Nazmi juga mendakwa kedua-dua mereka turut tinggal bersama sejak beberapa minggu lalu selepas diberitahu oleh rakannya.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin, Mohd Nazmi telah memadamkan komen berkenaan menerusi Twitter miliknya. Tambah Aidil, dia telah menghubungi Mohd Nazmi yang kini berada di Portugal pada petang Isnin untuk mendapatkan gambaran kenapakah dia memuat naik status tersebut. Katanya, Mohd Nazmi memberitahu dia berbuat demikian kerana begitu marahkan bekas teman wanitanya itu selain terlalu mendengar cakap rakan-rakan mengenai hal berkenaan.

“Nazmi menjelaskan bahawa dia tidak fikir panjang apabila mendapat tahu kononnya saya mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya selain tidak memikirkan kesan daripada tindakannya memuat naik status tidak benar itu. Dia sudah memohon maaf daripada saya dan sebagai orang yang lebih tua daripadanya, saya memaafkan dia walaupun yang nampak buruknya akan terkena pada saya. Maklumlah (dia) darah muda. Cuma saya mahu dia bersihkan nama saya. Lagipun kami tidak bermusuhan pun,” ujarnya.Aidil turut memberitahu dia tidak mengenali gadis yang dimaksudkan Mohd Nazmi manakala jumlah RM1,000 yang dikatakan itu juga tidak benar.

nazmi twitter mohon maaf aidil

Dalam perkembangan terbaharu, Mohd Nazmi telah membuat permohonan maaf menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 9 malam Isnin dan meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil.

“Saya minta maaf mengenai perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan dalam hal ini,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.