Tuduhan Saya Berpolitik Tidak Berasas – Catriona Ross | Sebelum ini hebah mengenai pelakon Catriona Ross dikatakan telah menyertai sebuah parti politik. Ini kerana beliau dilihat hadir ke majlis tertentu dan memberi ceramah pada majlis berkenaan. Namun Catriona Ross atau nama sebenarnya Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross menegaskan dia sememangnya bebas daripada terlibat dalam mana-mana parti politik sehingga ke hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan dalam laporan murai.com.my. Malah, Catriona Ross turut menafikan bahawa bergiat aktif dalam sebuah parti pembangkang sebagai yang didakwa sesetengah blog serta menganggap bahawa dakwaan itu adalah tidak benar dan tuduhan semata-mata.

“Sebenarnya semua itu hanyalah salah anggap. Memang mereka nampak saya hadir di majlis ceramah parti pembangkang tetapi saya hadir kerana diundang untuk menceritakan kisah penghijrahan saya sahaja. Jujur saya katakan saya tidak tahu pada awalnya bahawa saya terlibat dalam majlis parti pembangkang. Malah pada mula saya dipelawa untuk menghadiri ceramah itu, saya diberitahu ianya tidak melibatkan dengan mana-mana parti politik dan hanyalah majlis agama biasa. Namun setelah melibatkan diri di beberapa lokasi majlis ceramah yang mereka adakan, baru saya sedari saya sebenarnya berada di dalam kelompok majlis sebuah parti politik,” katanya kepada murai.com.my.

Terdahulu, sebuah blog ada menyiarkan video Cat bersama bekas pelawak, Bob Loqman di dalam majlis ceramah parti politik. Dalam video tersebut, Bob Loqman ada mengajaknya untuk menyertai parti PAS dan Cat menjawab: “InsyaAllah…”

Catriona Ross yang mula berhijrah dan berhijab pada 16 September 2010 itu memberitahu dia setakat ini masih belum berminat untuk melibatkan diri dalam parti politik dan yakin tidak akan berbuat demikian di masa akan datang.

“Saya tertarik untuk melibatkan diri dalam majlis ceramah agama itu kerana tajuk atau topik yang setiap kali dikupas amat menarik dan tidak terlintas langsung di kepala saya bahawa ianya ada melibatkan parti politik. Oleh itu, saya mengambil jalan selamat untuk hanya menjadi panel undangan mereka jika lokasinya di pusat-pusat pengajian tinggi yang sememangnya tidak boleh mencampur adukkan bidang politik. Terus-terang, saya tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik. Penghijrahan saya kerana Allah tetapi bukan untuk berpolitik,” jelasnya lagi yang kini terlibat dalam Kutipan Tabung Aman Palestin bersama artis Kumpulan Usrah Fitrah yang lain.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.