‘Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai’ – Sertai Roadshow Huggies Dry Pants Di Mydin USJ | Walaupun hanya berperanan sebagai bapa, tanggung jawab keatas anak tetap sama seperti seorang ibu juga. Mana nak suapkan makan, sediakan susu dan juga menukar lampin anak. Namun, menguruskan anak ammboi, Muhammad Ameer Adli adalah sesuatu yang menyeronokkan. Kaletahnya yang sedikit nakal-nakal dan sebagainya membuatkan kita tidak pernah lekang dengan senyuman walau kepenatan pulang dari berkerja.

Bab suapkan makan dan sediakan susu rasanya tugasan yang biasa sahaja. Tetapi bila nak tukar lampin ni memang berbagai-bagai ragam Ameer Adli. Disuruhnya kita kejar dia la, main nyorok-nyorok la dan memang susah sikit nak memakaikan lampinnya itu. Terkadang tu terfikir jugak, alangkah senangnya kalau ada lampin yang main sarung jer tak perlu baringkan dia dan nak ‘setting’ tampal lampin tu untuk kasi dia selesa. Kalau lampin jenis sarung tu lagi senang dan boleh dipakaikan masa berdiri jer. Sambil main kejar-kejar pon boleh sarungkan juga kan?

Jadi, ammboi diperkenalkan dengan lampin Huggies Dry Pants. Memang cukup mudah dan sesuai dengan kaletah Ameer Adli. Sekiranya anda belum mengenai lampin Huggies Dry Pants, disini ammboi nak ceritakan sedikit sebanyak mengenainya.

Huggies Dry Pants - Koyak Salin Lepas

Lampin Huggies Dry Pants ni senang cerita memang banyak kelebihannya. Dari segi bahan untuk pembuatannya usah diceritakan la tentu semua dah tahu, namun ini dari segi ‘mudah dan senang’ diuruskan. Ya, Huggies Dry Pants memberikan anda kelebihan yang cukup bijak untuk anda menguruskan penukaran lampin anak anda.

Kelebihan Lampin Seluar Huggies Dry Pants

Semasa nak buang lampin anak, anda cuma perlu koyakkan bahagian tepinya sahaja. Tidak perlu lagi nak cabut sebelah kiri dan kanan. Kemudian sarungkan lampin Huggies Dry Pants yang semudah menyarung seluar anak anda sahaja. Memang cukup mudah kan? Tak perlu lagi kita nak baringkan anak kemudian arahkan dia angkat punggung (sebagaimana ammboi selalu suruh Ameer Adli lakukan) dan selaraskan kedudukan Adli semasa nak menampal lampin dia. Senang dan jauh lebih mudah. Koyak, salin dan lepas jer!

Huggies Dry Pants_baby_lr (2)

Gambar Hiasan – Huggies Dry Pants Seseuai Untuk Bayi Aktif dan Bijak!

Mengenai Huggies Dry Pants

Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Huggies Dry Pants anda boleh berkunjung ke acara roadshow “Huggies yang diadakan di Mydin USJ. Info adalah sebagaimana dibawah.

  • Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
  • Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
  • Pengumuman: Persembahan akan diadakan setiap hari pada jam 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
  • Istimewa: Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam!

Huggies Dry Pants_latest

Peluang Memenagi Hadiah?

Tukarkan lampin Huggies Dry Pants si manja anda dalam masa 30 saat atau kurang untuk memenangi hadiah menarik disana nanti! Jangan terlepas acara roadshow “Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” tu yer. Anda juga berpeluang mendapatkan sample percuma menerusi link ini —> http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx  Selain itu anda juga boleh ke laman Facebook Huggies Malaysia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.