Tunku Ismail atau Annuar Musa layak jadi Presiden FAM? Sudah sah! Hanya dua calon yang bakal bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017 hingga 2021. Mereka adalah Tan Sri Annuar Musa dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

FAM sudahpun mengesahkan telah menerima borang pengesahan dari dua calon berkenaan. Manakala dua calon lagi telah menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.

Mereka yang menarik diri adalah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.

Dalam pada itu, seramai empat calon turut mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden. Manakala sembilan calon lagi menerima pencalonan bagi merebut jawatan naib presiden.

Bagi jawatan exco pula, daripada 30 pencalonan yang diterima hanya 17 individu mengesahkan akan bertanding. Sementara itu, bagi jawatan exco wanita, kesemua tujuh individu yang dicalonkan telah mengesahkan menerima pencalonan tersebut.

Kesemua calon yang sudah mengesahkan pencalonan bagi jawatan masing-masing masih boleh menarik diri sebelum berlangsungnya Kongres Pemilihan FAM ke-53 pada 25 Mac 2017 ini.

Berbalik kepada topik utama. Siapa antara Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar Musa yang layak memegang jawatan Presiden FAM? Semestinya kita semua sedar, tugas berat menanti mereka untuk memimpin badan induk bola sepak negara yang semakin tenat ini.

Berdasarkan rekod semasa, sudah tentu ramai yang memilih Tunku Ismail. Ya, kejayaan menaikkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan paling utama menjuarai Piala AFC merupakan rekod yang sangat baik.

Pelbagai penambahbaikkan dan pembaharuan dilakukan oleh TMJ. Tidak salah rasanya kalau ammboi katakan JDT adalah sebuah pasukan yang paling lengkap di Malaysia dari pelbagai kategori.

Bagaimana pula dengan Tan Sri Annuar Musa? Pada saat gemilang, beliau pernah dicanangkan sebagai calon baru Presiden FAM. Dinobatkan sebagai bapa bola sepak Kelantan, pelbagai kejayaan dikecapi oleh Kelantan sejak beliau ambil alih tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Dari sebuah pasukan yang lemah, Kelantan kembali bangkit menjadi pasukan disegani. Tidak salah juga bagi ammboi mengatakan Kelantan adalah satu-satunya pasukan ketika itu tidak bergantung kepada dana kerajaan negeri.

Kini, segalanya terpulang kepada pemilihan kongres akan datang. Siapa sebenarnya yang bakal menjadi Presiden FAM yang baru tidak penting. Kedua-dua calon ada kelebihan masing-masing.

Apa yang penting, orang berkenaan mesti sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada peminat yang mahukan perubahan dalam bola sepak negara.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.