TMJ Nafi Satria Neo Milik Sultan Johor Terlibat Nahas Jalan Raya | Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menafikan bahawa kereta Proton Satria Neo milik ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menggunakan nombor pendaftaran WWW 1 terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, Tunku Ismail menjelaskan, kereta yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Yong Peng sekitar pukul 12.30 tengah hari pada Sabtu lalu itu sebenarnya ialah kereta jenis dan warna yang hampir sama tetapi bukan kereta milik Sultan Johor.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.