Bekas pengikut pergerakan Al-Arqam yang diharamkan sejak 1994 dikesan mewujudkan saluran televisyen internet dikenali TVRSA, yang boleh dilayari melalui sebuah laman web bagi mengembangkan semula ajaran sesat Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan berkenaan.

TVRSA yang menggunakan slogan ‘Saluran Roh Suci’ dan ‘Seks Suci Islam’ dikesan aktif memuat naik pelbagai klip video berkaitan perkembangan terkini Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), syarikat yang dipimpin Hatijah Am, isteri pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya.

Laman web berkenaan turut memuat naik klip video mengenai Aurad Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai AM di kalangan pengikut pergerakan itu. Singkatan RSA yang digunakan kumpulan berkenaan pula merujuk kepada Rasulullah SAW, Saiyidi (Sheikh Suhaimi iaitu pengasas Tarikat Aurad Muhammadiah) dan Abuya, yang menjadi antara elemen utama diterapkan dalam ajaran itu.

Rangkaian televisyen dalam talian itu turut memaparkan penampilan Khatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di kalangan pengikutnya, dalam beberapa siri kuliah dan persembahan ‘Teater Seks Islam’ atau dikenali sebagai TSI. Turut dipaparkan dialog yang dinamakan ‘Dialog Seks Suci Islam’ dan ‘Seks Haram’ yang disiarkan dalam beberapa siri serta beberapa klip video memaparkan kefahaman ajaran kumpulan berkenaan. Jika dilihat sekali imbas, ia seolah-olah tidak bercanggah dengan Islam, namun ada beberapa klip yang menimbulkan tanda tanya kerana mengagungkan Ashaari dengan memaparkan imej serta gambar beliau. – BH

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.