Kecoh apabila seorang pelakon lelaki didakwa buat ugutan bunuh terhadap seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah. Ugutan berkenaan disiarkan pelakon itu dalam laman sosial Facebook miliknya. Guru lelaki itu juga telah membuat laporan polis bagi menjamin keselamatan diri dan keluarganya.

Menjadi tanda tanya, apakah punca pelakon lelaki berkenaan bertindak begitu sekali? Apa salah guru itu kepadanya?

Memetik sumber berita, pelakon lelaki berkenaan iaitu Ezany tidak menafikan perkara itu dan mengatakan tindakan tersebut dilakukan demi melindungi adik perempuan bongsunya. Ezany mendakwa bahawa guru tersebut telah menjalin hubungan dengan adiknya yang berusia 32 tahun dan berniat untuk bernikah di Thailand.

ezany dedah punca ugut bunuh guru

“Lelaki itu mempunyai dua isteri, tapi masih berkeinginan untuk berkahwin dengan adik saya. Saya cuma menjalankan tanggungjawab sebagai abang sulung.”

Ezany telah memuatnaik status tersebut kerana geram dengan tindakan guru terbabit yang kerap menghubungi adik perempuannya biar pun sudah beristeri. Mungkin tujuan Ezany untuk melindungi adiknya itu daripada diganggu oleh suami orang.

Selepas perkara tersebut tersebar, Ezany menerusi lama Facebooknya telah memuatnaik status yang berbunyi:

punca ezany ugut bunuh guru

Berdasarkan kepada kenyataannya, Ezany mungkin hanya mahu menakutkan guru terbabit dan tidak ada niat langsung mahu membunuhnya. Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tak perlulah dibawa hingga naik turun mahkamah.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.