Umie Aida Tempelak Abby Abadi | Sejak beralih ‘angin’, Abby Abadi tidak pernah kering dari kontroversi. Beliau sering sahaja memberikan pelbagai pandangan yang ‘menggegarkan’ dunia seni negara. Terbaru, Abby Abadi telah meluahkan satu kenyataan mengenai dunia seni bagi mereka yang berhijab di negara kita ini terhad dalam sebuah media hiburan.

Abby Abadi yang menganggap selebriti yang telah berhijrah seperti dirinya mempunyai ruang bekerja yang terhad di bawah kerajaan sedia ada;

“Apabila anda berhijrah, ruang untuk anda berkarya secara kreatif adalah terhad, oleh itu kita perlukan drama dan filem yang Islamik. Selebriti seperti kami hanya akan bekerja di dalam dunia seni apabila ianya adalah sejajar dengan syariah Islam. Untuk itu, PR perlu menang dan membentuk kerajaan untuk merealisasikan dunia hiburan yang berdasarkan syariah.”

Menerusi laman Twitter, pelakon versatil, Umie aida tampil menempelak kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi dan disiarkan dalam sebuah akhbar online, baru-baru ini.

Tidak bersetuju dengan kenyataan ini, melalui akaun twitternya, Umie Aida menganggap kenyataan yang dikeluarkan Abby Abadi sebagai cetek pemikiran. Melalui beberapa lagi status di Twitternya, Umie Aida juga menggesa Abby Abadi agar tidak menggunakan politik dalam meyampaikan dakwahnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.