Melihat kepada hubungan cinta antara mereka, nampak sangat romantik. Walaupun perbezaan umur yang agak jauh, Nelydia Senrose dan Qi Razali begitu serasi bersama. Sudah tentu ramai peminat tertanya-tanya adakah mereka bakal bernikah dalam masa yang terdekat? Sebelah Qi Razali sudah tentu beliau mahu menyegerakan kerana usia Qi sudah 35 tahun. Bagaimana pula dengan Nelydia?

Memetik kenyataan mStar Online, Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda. Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya.

qi-razali-dan-nelydia-senrose

“Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai. Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri,” katanya dalam laporan berkenaan.

Tambah Nelydia lagi, dia dan Qi pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu. Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.

p/s: Dah 35, kalau tunggu lagi masuk 40 la Qi Razali…

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.