Tak pernah terlintas di hatinya mahu menagih simpati. Bukan juga untuk mendapat perhatian masyarakat. Niatnya hanya mahu membawa ketiga-tiga anaknya dengan apa yang termampu olehnya.

Ahmad Reza Samsuddin terharu dengan keprihatinan orang ramai – Namun begitu, pengorbanannya membawa tiga anak menggunakan motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang mungkin tidak mampu atau sukar dilakukan oleh orang lain.

AHMAD REZA SAMSUDDIN TERHARU DENGAN KEPRIHATINAN ORANG RAMAI

Ternyata, nasib Ahmad Reza Samsuddin, 38, mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang terbukti prihatin. Bermula daripada gambarnya menjadi ‘viral’, sehinggalah kepada ramai yang simpati, mekanik jalanan itu menerima kereta Proton Iswara yang diberi seorang peniaga.

Bagi Ahmad Reza, dia perlu meneruskan hidup dan pada masa sama amat berterima kasih kepada keprihatinan rakyat Malaysia diatas segala bantuan dan perhatian yang diberikan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.