Bermain dengan anak-anak sememangnya menyeronokkan. Namun begitu, kita perlu berwaspada juga. Ibarat kata pepatah, malang tidak berbau. Benda yang kita anggap remeh pun boleh jadi tragedi yang menggerikan.

video-anak-maut-patah-leher-dihempap-bapa-ketika-bermain

Sebagaimana yang berlaku di China dimana seorang kanak-kanak maut ketika bermain dengan bapanya. Memetik sumber berita, kanak-kanak berkenaan dilaporkan maut selepas ayahnya jatuh terduduk di bahagian kepala.

Menurut laporan Dailymail, sebuah video viral menunjukkan kanak-kanak yang berada di belakang ayahnya bergayut di bahagian tangan seperti buai. Ayahnya kemudian hilang imbangan badan lalu terjatuh dan bahagian punggungnya menghempap kepala mangsa.

Laporan South China Morning Post pula mengatakan mangsa patah leher dan diisytiharkan meninggal dunia di hospital.

Video CCTV yang merakam kejadian tersebut kemudian viral di laman sosial di China untuk menyedarkan bahaya dan risiko kematian yang tidak disangka ketika bermain bersama anak.

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.