Beberapa hari lepas kecoh dengan penyebaran video seorang anggota polis menampar orang awam dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri. Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru. Video berkenaan telah tersebar meluas menerusi pelbagai media sosial dan telah mendapat perhatian pihak polis.

Laporan terkini menerusi Sinar Harian hari ini, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau. Jelas beliau, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.

polis tampar warga asing

“Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang. Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan,” tegasnya.

Anda boleh saksikan video dibawah:


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.