Kecoh juga media sosial pada hari ini dengan penyebaran gambar dan video kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan Pantai Barat Sabah. Menurut info, kejadian berlaku pada pagi tadi.

Biasalah, kalau dah masuk dan tersebar meluas di laman sosial pastinya pelbagai andaian dan ulasan dari ‘pakar’ akan diutarakan. Antaranya ia fenomena ajaib dan sebagainya. Pasti sesuatu yang pelik bakal berlaku.

VIDEO AWAN BERGULUNG LUAR BIASA GEMPARKAN PENDUDUK SABAH

Bagaimanapun memetik laporan Sinar Harian Online, kejadian bentuk awan luar biasa itu adalah fenomena biasa dan ianya berlaku disebabkan fenomena cuaca yang dinamakan sebagai garis badai berserta kejadian awan bergulung.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata dalam laporan tersebut, awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding garis badai dan sebelum ini pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, Sungai Petani Kedah (2014) dan di Kota Baharu (Ogos 2015).

Menurutnya, garis badai merupakan sekumpulan barisan awan ribut petir yang bergerak dari arah laut ke daratan dan selalunya berlaku ketika Monsun Barat Daya iaitu dari Jun hingga September di kawasan pantai barat Sabah dan juga di Selat Melaka.

“Panjang garis badai boleh mencapai ratusan kilometer dan mempunyai tempoh hayat yang agak lama iaitu beberapa jam berbanding ribut petir biasa.

“Garis badai boleh menghasilkan angin kencang melebihi 32 kilometer sejam dan hujan lebat yang meluas,” katanya dalam kenyataan kepada media yang disiarkan oleh akhbar tersebut.

Sementara itu, menurutnya awan jenis bergulung terbentuk disebabkan oleh ricihan angin menegak iaitu terdapat perbezaan ketara kelajuan dan arah angin.

Susulan pembentukan garis badai di pesisir pantai di Pantai Barat Sabah dan Labuan pada sebelah malam dan bergerak ke daratan pada awal pagi, Jabatan Meterologi telah mengeluarkan amaran ribut petir untuk pantai Barat Sabah dan Labuan dan amaran cuaca buruk penerbangan pada awal pagi ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.