Pagi tadi ammboi ada post mengenai serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar Puchong.

Dalam serbuan itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk. Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.

VIDEO CENDOL SELUAR DALAM

Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain. Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

Video Cendol Seluar Dalam – Itu adalah petikan berita berkenaan. Dibawah pula ammboi share video serbuan berkenaan. Boleh dilihat menerusi video dibawah mengenai cara warga asing berkenaan menyimpan cendol dan tauhu. Dalam bekas yang sama dengan mereka gunakan untuk merendam pakaian termasuklah seluar dalam mereka. Yang diragui, mungkin bekas yang sama turut digunakan untuk memproses cendol dan sebagainya.

Apapun, sebagaimana yang ammboi tekankan sebelum ini bukan semua peniaga cendol ni pengotor dan terbabit dengan kes sebegini. Cuma kita sebagai pembeli kenalah pandai menilai dan memilih kan? Tak kira warga asing ke peniaga tempatan ke, harap ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.