Tindakan orang ramai membantu menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan berdiri di atas tiang lampu isyarat bertukar sebaliknya apabila mangsa parah akibat jatuh.

Kejadian berlaku pada Selasa lalu di Changsha, China apabila lelaki berkenaan berdiri di atas tiang lampu isyarat di sebuah jejambat setinggi 10 meter. Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu supaya turun, tetapi dia enggan dan mengancam untuk terjun.

CUBA BANTU LELAKI MAHU BUNUH DIRI TAPI APA YANG BERLAKU ADALAH SEBALIKNYA

Selepas empat jam, pasukan penyelamat memasang tilam udara di bawah lampu isyarat berkenaan dan meminta lelaki itu terjun ke bawah. Bagaimanapun, lelaki itu enggan menyebabkan orang ramai yang berkumpul di atas jejambat berkenaan cuba membantu.

Beberapa rakaman video, menunjukkan seorang lelaki cuba memaksa mangsa terjun dengan menjoloknya menggunakan penyapu, namun percubaannya itu juga gagal.

Selang beberapa minit seorang lagi lelaki muncul dan membawa sebatang paip plastik sepanjang tiga meter. Lelaki itu kemudian memukul mangsa yang berdiri di atas tiang lampu isyarat berkenaan supaya dia jatuh ke bawah.

Secara tiba-tiba lelaki itu berlari dan cuba melompat ke atas jejambat, tetapi terjatuh di atas jalan raya akibat tersasar daripada tilam udara di bawahnya.

Polis memberitahu, mangsa masih hidup, tetapi berada dalam keadaan kritikal akibat cedera parah di kepala dan badan. Katanya, pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu termasuk tindakan orang ramai yang cuba membantu berkenaan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.