(Video Dan Gambar) Struktur Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh | Kejadian ini berlaku kira-kira pukul 7.05 petang tadi dimana satu palang konkrit di Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 300 meter yang menghubungkan bahagian Batu Maung telah runtuh.

Runtuhan palang konkrit itu turut mengenai jalan raya berdekatan. Difahamkan terdapat beberapa kenderaan termasuk motosikal yang melalui kawasan berdekatan kawasan itu ranap ditimpa runtuhan itu. Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

palang jambatan kedua pulau pinang runtuh

gambar jambatan kedua pulau pinang runtuh

Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat. Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan.

Sumber gambar dan video ~ KEDAHKINI


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.