Ini bukan adegan filem mahupun drama. Ia adalah kisah benar mengenai sepasang kekasih di Filipina. Kisah percintaan hingga hujung nyawa antara Rowden dan kekasihnya Leizl.

Video dan kisah benar pernikahan Rowden dan Leizl perkahwinan di hujung nyawa – Pada awalnya, Rowden dan Leizl merancang untuk berkahwin pada 8 Julai 2014 sempena hari lahir Rowden yang ke-30. Namun takdir menentukan pada penghujung Mei, Rowden disahkan menghidap kanser hati tahap empat yang kronik hingga tubuhnya kian lemah dan hanya mampu berbaring.

VIDEO DAN KISAH BENAR PERNIKAHAN ROWDEN DAN LEIZL PERKAHWINAN DI HUJUNG NYAWA 3

Rowden meluahkan hasrat kepada keluarga dan rakan-rakannya untuk mengahwini Leizl secepat mungkin sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Mereka akhirnya bersetuju untuk menyatukan kedua-dua pasangan itu walaupun Rowden masih terbaring lemah di katil hospital.

VIDEO DAN KISAH BENAR PERNIKAHAN ROWDEN DAN LEIZL PERKAHWINAN DI HUJUNG NYAWA 2

Pada hari perkahwinan mereka, seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan menghiasi bilik Rowden, menaburi kelopak mawar dan mengikat belon-belon berwarna-warni untuk meraikan hari pernikahan pasangan tersebut.

VIDEO DAN KISAH BENAR PERNIKAHAN ROWDEN DAN LEIZL PERKAHWINAN DI HUJUNG NYAWA 4

Tiba waktunya Leizl melangkah masuk dengan gaun pengantin yang cukup menawan dan berdiri disisi Rowden yang lesu dalam kesakitan. Kesedihan mula menyelubungi suasana tetapi airmata kegembiraan masih ada kerana akhirnya dapat memenuhi impian Rowden.

Hanya 10 jam selepas bergelar suami kepada Leizl, Rowden Go akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 11 Jun 2014. Mendiang meninggalkan Leizl dan anak mereka, Zakiah Rowzel berusia 2 tahun dan ibu, Lorelei serta adik beradik, Hasset Go (yang memuat naik video ke YouTube) dan Hisham.

VIDEO DAN KISAH BENAR PERNIKAHAN ROWDEN DAN LEIZL PERKAHWINAN DI HUJUNG NYAWA

Kisah di sebalik perkahwinan Rowden dan Leizl yang amat menyentuh hati membuatkan video perkahwinan mereka menjadi viral malah setakat hari ini ia telah ditonton melebihi 13 juta kali di Youtube.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.