Detik cemas pekerja penyelenggaraan ditelan eskalator! Biasa kita selalu dengar yang jadi mangsa kepada ‘tangga bergerak’ atau eskalator adalah dari kalangan kanak-kanak dan kaum wanita. Namun begitu, rupanya eskalator ini memang tidak memilih mangsa.

Terbaru dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di bandar Beibei, China, seorang pekerja penyelenggaraan mengalami detik cemas selepas ditelan eskalator ketika sedang membaikinya.

DETIK CEMAS PEKERJA PENYELENGGARAAN DITELAN ESKALATOR

Keseluruhan badan pekerja berkenaan telah terperusuk dalam eskalator tersebut. Namun atas kecekapan anggota penyelamat, beliau berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Berikut adalah video detik cemas pekerja penyelenggaraan ditelan eskalator di bandar Beibei, China. Video ini adalah sedutan dari rakaman berita Astro Awani.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.