Seperti yang kita tahu dua aktres jelita iaitu Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida merupakan sahabat baik. Bagaimanapun beberapa jam lalu, pelakon genit, Elfira Loy baru sahaja memuat naik sebuah video di laman akaun Keeknya, di mana menerusi video tersebut dilihat dua sahabat baik itu telah bergaduh di hadapan sebuah butik pakaian.

erra fazira dan umie aida

Melalui video itu, pergaduhan mereka turut disaksikan oleh orang ramai dan terdapat juga adegan di mana Umie Aida menyepak kaki Erra Fazira.

erra fazira dan umie aida bergaduh

Adegan tersebut bagaimanapun hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya tidak melibatkan perbalahan yang serius. Menerusi rakaman video tersebut, Elfira turut menyatakan bahawa Erra dan Umie hanya bergurau kerana ingin merebutkan sebuah telefon bimbit. Oh, macam tu. Harap tiada peminat yang salah sangka yer…

Jom layan video Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida ‘bergaduh’ selepas ini.

Sumber: OhBulan

Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.