Inilah bola sepak. Apa yang berlaku sebenarnya tidak boleh dijangka. Semalam, Kelantan tumpas mengejut 3-2 kepada Negeri Sembilan dalam aksi keempat Kumpulan C kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dan sudah tentu pasukan dengan gelaran The Red Warriors itu menempah laluan sukar untuk mara ke pusingan suku akhir.

kelantan vs negeri sembilan

Memetik laporan Kosmo Online, Kelantan yang beraksi di hadapan 25,000 penyokong sendiri dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat menerusi S. Sivanesan pada minit ke-13 hasil rembatan dari jarak dekat yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat. Kelantan cuba bangkit dan hampir mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-21, namun percubaan Obinna Nwaneri berjaya diselamatkan penjaga gol pelawat Mohd. Kaharudin Abdul Rahman. Mohd. Kharudin terus bertindak cemerlang apabila mengagalkan tiga peluang terbaik pasukan tuan rumah untuk memperoleh gol penyamaan pada minit ke-33, 34 dan 35 hasil rembatan deras Mohd. Nor Farhan Mohamad dan Zairul Fitree Ishak.

Tonggak berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin mengamatkan Stadium Sultan Muhammad IV apabila meledak gol penyamaan menerusi rembatan kencang yang melepasi jangkauan Mohd. Kaharudin pada minit ke-37. Kelantan terus bernafsu untuk menggandakan jaringan menerusi serangan bertali arus tetapi gagal menepati sasaran, sekali gus menyebabkan kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada babak kedua, Ahmad Fakri Saarani meletakkan Kelantan di depan apabila menjaringkan gol kedua menerusi tandukan pada minit ke-48. Sepuluh minit kemudian, pasukan pelawat berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila penyerang import, Fabio Leandro Barbosa meledakan gol penyamaan selepas bijak memperdayakan dua tonggak pertahanan Kelantan sebelum melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan Khairul Fahmi.

Kelantan kembali memperkemaskan rentak perlawanan dan hampir mendapatkan gol ketiga pada minit ke-70, namun dinafikan oleh ketangkasan Mohd. Kaharudin yang berjaya menepis keluar rembatan tersebut. Penyerang import Negeri Sembilan Leonardo Barbosa menghukum kealpaan benteng pertahanan Kelantan menerusi jaringan ketiga selepas menanduk masuk bola sepakan sudut Mohd. Nazrin Nawi pada minit ke-78, sekali gus memberikan tiga mata berharga buat pasukan itu.

Kelantan kini jatuh ke kedudukan ketiga namun berkongsi mata dengan Pahang dan dibezakan dengan jaringan gol sahaja. Baki perlawanan akan dilangsungkan selepas Pestabola Merdeka 2013 dan Kelantan akan menentang Terengganu (17 September 2013) dan Pahang (21 September 2013)  untuk menentukan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Carta Terkini Kumpulan C:

Pos. Team GP Pts W D L GF GA +/-
1 Negeri Sembilan FA 4 7 2 1 1 9 8 1
2 Pahang FA 4 5 1 2 1 8 7 1
3 Kelantan FA 4 5 1 2 1 6 5 1
4 Terengganu FA 4 4 1 1 2 3 6 -3

Saksikan Video Gol Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 31 Ogos 2013 dibawah:

VIDEO GOL KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN PIALA MALAYSIA 31 OGOS 2013


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.