Menang dalam duka, namun kemenangan yang sudah cukup untuk membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Siapa sangka, skuad ‘tempang’ Ong Kim Swee, Harimau Muda berjaya mengalahkan pasukan besar seperti Itali dengan keputusan 2-0. Namun begitu, mereka juga berdepan masalah kekurangan pemain apabila beberapa pemain mengalami kecederaan dan dilayangkan kad merah.

Perlawanan menentang Italy dalam aksi Sukan Universiade 2013, Harimau Muda mendahului perlawanan pada minit ke-20 sumbangan Thamil Arasu hasil hantaran oleh ketua pasukan, Irfan Fazail. Pada babak kedua perlawanan semakin kasar apabila lima pemain Harimau Muda dilayangkan kad kuning sementara Itali terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-67.

thamil

Tidak lama kemudian, penjaga gol Harimau Muda, Izham Tarmizi pula dibuang padang dan sepakan penalti diberikan kepada Itali. Penjaga gol kedua Harimau Muda, Farhan Abu Bakar walaubagaimanapun berjaya menghalang sepakan penalti Itali. Pada minit ke-83, Harimau Muda terpaksa beraksi dengan 9 pemain apabila Syahrul Azwari dibuang padang. Walaubagaimanapun, pada minit ke-86, pasukan dari Malaysia itu telah diberikan sepakan penalti dan Saarvindran berjaya menyempurnakan sepakan itu dan memberikan kemenangan 2-0 kepada Harimau Muda.

kumpulan c - malaysia

Harimau Muda akan bertemu Great Britain pada hari Isnin ini untuk penentuan kedudukan kumpulan. Diberitakan juga, Algeria telah menarik diri dan kini hanya ada Britain, Malaysia dan Italy dalam Kumpulan C.

Saksikan Video Gol Malaysia vs Italy dan Video Mohd Farhan Selamatkan Dua Sepakan Penalti Italy dibawah:

Video Malaysia vs Italy (2-0) 2013

Video Mohd Farhan Abu Bakar Selamatkan Dua Sepakan Penalti Italy


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.