Malaysia B22 vs Filipina B22 25 Jun 2012 | Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya mengalahkan Filipina 7-0 dalam perlawanan yang berlangsung petang tadi. Kemenangan besar ini diharap dapat menyuntik semangat kepada anak muda negara untuk terus memberi saingan dalam kempen Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22 (U22) 2012.

Skuad Malaysia tidak perlu menunggu lama apabila pemain kelahiran Sabah, Mohd Rozaimi Abdul Rahman mengegar gawang Filipina seawal minit ketiga permainan. Pemain pertahanan Mohd Fandi Othman menggandakan jaringan pada minit ke-33 sebelum Rozaimi menghasilkan gol kedua peribadi, dua minit kemudian.

Pemain tengah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria menambah derita pasukan Filipina dengan gol keempat pada minit ke-40. Rozaimi menambah dua lagi gol pada minit ke-68 dan 73 sebelum pemain tengah, D. Saarvindran memastikan kemenangan mutlak negara dengan gol terakhir pada minit ke-90. Malaysia dijadualkan menentang Taiwan pada Khamis 28 Jun 2012 ini.

VIDEO GOL MALAYSIA VS FILIPINA (7-0) 25 JUN 2012

Kredit to : Speed Goal Malay

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.