Malaysia vs Korea Selatan – Kelayakan Piala Asia (AFC) B22 2012 | Walaupun skuad muda (Malaysia B22) kita kalah, namun persembahan yang baik mereka berikan terutama pada babak kedua memang wajar dipuji. Kita langsung tidak menjangka untuk menang dan cuma mengharapkan seri berdepan Korea Selatan. Namun permainan Korea Selatan yang pantas dan cukup licik mengasak kubu Malaysia memang sukar dikekang.

Kita masih jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan antara pasukan terbaik Asia dan dunia itu. Apapun jaringan pertama dari Thamil Arasu sememangnya mengejutkan Korea Selatan. Mereka nampaknya lebih giat mengasak dan akhirnya 2 gol mereka diperolehi selang beberapa minit sahaja. Hasil kelam kabut dan kelemahan ketara bahagian pertahanan memberikan Korea Selatan dua sepakan percuma yang dimanfaatkan dengan baik oleh mereka.

Korea Selatan terus mengasak dan gol ketiga mereka hadir juga hasil kesilapan bahagian pertahanan yang gagal mengawal keadaan didalam kotak penalti. Skuad Malaysia cuba mengasak namun seolah-olah hilang punca dan kesilapan melakukan hantaran cukup mengecewakan. Bahagian tengah seperti tidak bernyawa dan begitu mudah dipecah-belahkan oleh lawan.

Bersambung babak kedua, kecederaan yang menimpa Nazmi Faiz memberi peluang buat Gary Steven Robat untuk masuk. Ramai yang menjangkakan ketiadaan Nazmi pasti terus melemahkan pasukan negara. Namun siapa sangka, Gary Steven ternyata memberikan aksi terbaiknya untuk mengemudi bahagian tengah pasukan negara. Malah lebih baik dari Nazmi yang banyak membazirkan bola melakukan hantaran jauh entah apa-apa.

Malaysia mula mengawal keadaan dan beberapa kali berpeluang mengasak kubu lawan. Sesekali kita mengacah membuatkan Korea Selatan yang dilihat selesa mendahului 3-1 terkejut dengan gol kedua A.Thamil Arasu yang tenang menyempurnakan bola muntah hasil kesilapan penjaga gol lawan. Mungkin jika masa perlawanan dilanjutkan 5 minit lagi skuad muda kita mampu mengikat kedudukan. Apapun, perlawan tetap perlu habis sebagaimana dijadualkan. Malaysia B22 kalah 3-2 kepada Korea Selatan B22, namun dalam persaingan yang baik dan wajar diberikan pujian.

VIDEO GOL MALAYSIA VS KOREA SELATAN (2-3) 23 JUN 2012

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.