Video Gol Perlawanan Malaysia vs Myanmar 3 Julai 2012 | Malaysia terpaksa akur kalah 2-1 kepada Myanmar dalam perlawanan terakhir Kumpulan G,Kelayakan Piala Asia (AFC) Bawah 22 Tahun (B22) 2012 yang mana ianya juga bakal menentukan pasukan manakah bakal layak ke Piala Asia B22 2013.

Kelemahan benteng pertahanan nyata terlalu ketara selain kegagalan bahagian tengah membantu ketika bertahan dan menyerang membuatkan anak-anak buah Ong Kim Swee berputih mata. Malaysia yang dilihat tidak bermain seperti biasa banyak diasak oleh lawan seawal permainan lagi.

Gol pertama Myanmar diperoleh pada minit ke 33 dan Myanmar yang hanya memerlukan seri dalam perlawanan ini ternyata sungguh luar biasa. Corak permainan pantas dan hantaran-hantaran mengelirukan terus membuatkan benteng pertahanan negara kelam kabut. Myanmar terus menambah tekanan skuad negara apabila menambah gol kedua pada minit 53. Malaysia yang mula mengatur gerak cuba beberapa kali untuk memasuki kubu Myanmar namun masih gagal. Sehinggalah pada minit ke 90 Malaysia mendapat sepakan penalti setelah Rozaimi dijatuhkan dalam kotak penalti. Rozaimi menyempurkan sepakan berkenaan untuk gol kesepuluh kejohanannya.

VIDEO GOL MALAYSIA VS MYANMAR (1-2) 3 JULAI 2012


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.