Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak Liga Super apabila gah merakamkan kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan kelab, PKNS FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi. Seawal minit ketujuh, PKNS hampir di depan, namun percubaan Rudie Ramli dari luar kotak penalti hanya singgah ke palang gol pasukan pelawat yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang memperoleh sepakan percuma pada minit ke-15 turut gagal membuahkan hasil apabila sepakan Badri Radzi singgah ke palang, namun selang 12 minit kemudian usaha The Red Warriors membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menggelecek beberapa pertahanan lawan sebelum menolak masuk untuk Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, corak permainan dipamerkan anak buah Bojan Hodak dan Abdul Rahman Ibrahim sedikit hambar apabila setiap serangan dicipta berjaya dipatahkan dengan baik barisan pertahanan kedua-dua pasukan. Kemasukan Mohammad Ghaddar menggantikan Nurul Azwan Roya sedikit mengubah corak permainan Kelantan dan hasilnya pada minit ke-84, mereka berjaya mendapat gol kedua menerusi tandukan pemain pertahanan, Obinna Nwaneri yang menyambut baik sepakan percuma Badri dari sebelah kiri pintu gol PKNS.

Tuan rumah yang terdesak terus melancarkan serangan bertubi-tubi, namun sedikit kelekaan mengundang padah apabila Ghaddar menjaringkan gol ketiga Kelantan pada minit ke-88 selepas berjaya melepaskan diri daripada dua pertahanan PKNS. Saksikan Video Gol Selangor PKNS vs Kelantan (0-3) 12 Mei 2012 dibawah.

VIDEO GOL SELANGOR PKNS VS KELANTAN (0-3) 12 MEI 2012


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.