Video Gol Selangor vs Sabah 10 Julai 2012 | Selangor mengesahkan tempat ketiga Liga Super musim ini dan layak ke Piala AFC 2013 selepas menewaskan Sabah 3-2 pada aksi kedua terakhir liga di Stadium Shah Alam. Kekalahan Sabah itu meletakkan skuad kendalian jurulatih sementara, Andrew Majanggim kekal di tangga kedua tercorot liga, sekali gus sah akan beraksi playoff untuk turun ke Liga Perdana musim depan.

Pasukan tuan rumah yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi tandukan kapten, Amri Yahyah pada minit ke-15 dan tolakan Solihin Kanasian minit ke-29. Penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein terus tewas buat kali ketiga hanya dua minit selepas babak kedua bersambung menerusi bola lambungan menarik penyerang import Selangor dari Croatia, Bosko Balaban.

Sabah bagaimanapun berjaya merapatkan kedudukan menerusi Brendan Gan pada minit ke-84 dan rembatan susulan Rozaimi Abd Rahman minit ke-88 selepas sepakan penaltinya ditepis penjaga gol Selangor, Norazlan Razali. Namun sehingga wisel penamat, Sabah gagal mendapatkan gol penyamaan.

VIDEO GOL SELANGOR VS SABAH (3-2) 10 JULAI 2012

KREDIT : SOKERNET

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.