Video Gol Thailand vs Malaysia (2-0) 13 Disember 2012 | Malaysia akur dengan kekalahan 2-0 kepada Thailand dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012. Gol Thailand dijaringkan oleh Teerasil Dangda pada minit ke 60 dan Theerathon Butmathan pada minit ke 64. Thailand lebih banyak menguasai perlawanan, apatah lagi setelah pasukan negara kehilangan pemain pertahanan, Fadhli Shaas ekoran dikenakan kad kuning kedua seterusnya mendapat kad merah pada minit ke 44 separuh masa pertama.

Malaysia cuba untuk bangkit namun Thailand lebih bijak mengawal keadaan apatah lagi dengan pengadil perlawanan yang dilihat terlalu berat sebelah. Dengan kemenangan ini, Thailand berjaya mara ke perlawanan akhir (final) AFF Suzuki Cup 2012 dengan aggregat 3-1 menewaskan Malaysia dan akan bertemu Singapura pada 19 Disember 2012 dan 22 Disember 2012 ini.

Saksikan Video Gol Thailand vs Malaysia (2-0) 13 Disember 2012 dibawah :


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.