Impian Kelantan untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan pertama, kumpulan H, Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berkecai setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan kelab Navibank Saigon pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Berikut merupakan Ulasan Perlawanan dan Video Highlights Kelantan vs Navibank Saigon 7 Mac 2012.

Corak permainan pada babak pertama agak seimbang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan namun gagal mendapat penyudah yang baik. Pemain tengah pasukan kelab dari Vietnam, Dang Khanh Lam membuat cubaan seawal minit kelapan namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

VIDEO HIGHLIGHTS KELANTAN VS NAVIBANK SAIGON AFC CUP 7 MAC 2012

Kelantan yang menurunkan empat pemain importnya gagal mempamerkan aksi cemerlang di hadapan 5,000 penonton. Pemain import pasukan tuan rumah, Mohamad Ghaddar melepaskan peluang terbaik untuk menghasilkan gol pertama pada minit ke-26 tetapi rembatan kencangnya tersasar.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.