Chelsea berjaya mengalahkan Pilihan Malaysia (Harimau Malaya) 4-1 menerusi jaringan Bertrand Traore, De Bruyne, Lukaku dan Victor Moses. Manakala Harimau Malaya memperoleh gol saguhati menerusi tandukan Fadhli Shas pada masa kecederaan. Melihat kepada permainan Malaysia semalam, ianya nampak masih ditakuk lama cuma semangat yang mereka pamerkan wajar dipuji.

Kesungguhan pemain Harimau Malaya dari awal permainan sehingga ke wisel penamat menyukarkan sedikit sebanyak benteng pertahana Chelsea. Rasanya itu sudah cukup untuk pasukan kebangsaan kita. Walaupun Chelsea hanya menurunkan kesebelasan campuran dan ramai antara mereka pemain muda, namun taraf dan kualiti pemain mereka tetap jauh berbeza. Tidak adil untuk kita bandingkan dengan pasukan kebangsaan kita. Jaringan 1 gol rasanya sudah cukup membuktikan Malaysia adalah negara bolasepak yang sepatutnya terus digeruni di rantau Asean.

jose mourinho

Dalam pada itu, pengendali pasukan Chelsea, Jose Mourinho telah melontarkan pujian kepada pemain negara kita. Tidak pasti samada ianya sekadar untuk mengambil hati, namun kita memang kenali sedikit sebanyak karenah pengurus yang bermulut ‘lancang’ ini. Apa kata kita ambil pandangan beliau secara positif dan yakin bahawa masih ada sinar dalam bola sepak kita.

Jose Mourinho Puji Permainan Harimau Malaya

Saksikan juga video gol dan highlights Malaysia vs Chelsea 21 Julai 2013 dibawah:

All Goal And Highlights Malaysia vs Chelsea 21 July 2013

Berikut pula adalah komen dari Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal dan pemainnya selepas perlawanan:

Komen Datuk K Rajagobal dan Pemain Selepas Perlawanan Menentang Chelsea 2013


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.