Pihak Polis telah mengesahkan sudah menahan sebahagian daripada individu yang terbabit dalam insiden kekecohan di Plaza Low Yat, lewat petang kelmarin.

Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya malam tadi. Khalid turut menyatakan polis sedang mengesan mereka yang terbabit.

“Low [email protected] sahkan bahawa telah tangkap sebahagian mereka yang terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yang lain. Biar polis ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata keadaan di premis terbabit terkawal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang digembar-gemburkan dan menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai khabar angin.

Khalid turut menafikan kaitan isu perkauman dalam kejadian itu dan menegaskan akan mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang menyebabkan pergaduhan itu.

“Low Yat- @PDRMsia sahkan keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jangan percaya khabar angin. Polis berkawal.

“Low Yat- @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yang bergaduh. Ini tiada kena mengena dengan kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!” katanya menerusi akaun Twitternya sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa, berkata setakat ini polis sudah menahan empat individu berusia 22 hingga 25 tahun yang terbabit dalam kekecohan itu bagi membantu siasatan, manakala empat lagi, termasuk saksi turut dipanggil untuk memberi keterangan.

“Seorang lelaki ditahan sebentar tadi selepas cuba melakukan provokasi susulan perhimpunan bantahan aman yang dilakukan sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) berikutan tidak berpuas hati dengan insiden berkenaan. Saya bagi jaminan pihak polis akan menjalankan siasatan yang telus dan adil terhadap kedua-dua pihak,” katanya.

kenapa peniaga low yat bawa besi dan kayu baseball 5

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mendengar, percaya atau menyebarkan khabar angin dalam media sosial yang tidak ada pengesahan daripada polis.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Tambah beliau, polis akan menempatkan anggota di kawasan terbabit untuk tujuan pemantauan bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Kenapa peniaga Low Yat bawa besi dan kayu baseball? Kata keadaan terkawal. Tapi lihat kepada beberapa video yang dikongsi di media sosial, dapat kita lihat ada individu seperti membawa senjata seperti batang besi dan kayu baseball.

BESI DAN KAYU BASEBALLMohon @PDRMsia ambil maklum! Situasi di Low Yat tadi. Di luar Plaza dalam keadaan terkawal bila anggota Polis mula mengambil tempat.Tapi lain pula ceritanya di dalam. Kenapa perlu macam ni?Siapa sahaja yang langgar undang-undang mesti disiasat dan dihadap ke muka pengadilan..Lagi Video Like — Friends Of PDRM

Posted by Friends Of PDRM on Sunday, 12 July 2015

Harap PDRM ambil tindakan kepada mereka yang seolah-olah mahu memanaskan keadaan ini. [sumber info dan gambar: BH Online]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.