(Video) Keretapi Simen Terbakar Di Bangsar Kuala Lumpur | Detik cemas dialami oleh seorang pemandu keretapi barang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) apabila jentera yang membawa muatan simen itu terbakar malam semalam. Menurut laporan berita, kebakaran berkenaan berlaku ketika melalui kawasan Bangsar menuju KL Sentral.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam, pemandu terbabit yang terkejut selepas melihat percikan api di bahagian enjin kereta api terbabit bertindak menghentikannya sebelum keluar dan menghubungi bomba.

keretapi terbakar di bangsar kuala lumpur

Balai Bomba dan Penyelamat Pantai dan Hang Tuah yang menerima arahan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.32 malam terus ke lokasi kejadian. Bomba berjaya mengawal api di bahagian enjin kereta api terbabit pada jam 10.54 malam dan berjaya memadam api secara keseluruhannya 19 minit kemudian. Hasil pemeriksaan pihak bomba mendapati punca kebakaran disebabkan berlaku kerosakan di bahagian enjin sehingga menyebabkan ia terbakar.

Saksikan video dibawah:


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.