Video Klip PSY – Gentleman Catat 100 Juta Penonton Youtube! | Fuh, hebat betul pengaruh yang dibawa oleh Psy. Sebelum ini dia pernah menggegarkan dunia hiburan dengan lagu Gangnam Style dan terbaru, Psy tampil dengan klip video Gentleman pula. Untuk makluman, video terbaru Psy ini telah memecah rekod di laman perkongsian video YouTube apabila melepasi jumlah 100 juta tontonan seluruh dunia.

Gentleman merupakan karya terbaharu Psy ini mendapat 20 juta hit dalam masa 24 jam pertama, memecah rekod sebelum ini yang diperoleh bintang Kanada, Justin Bieber menerusi video lagu Boyfriend yang diterbitkan pada bulan Mei 2012.

psy gentleman

Video Psy ini menyaksikan beliau memakai cermin mata hitam dengan menari di pelbagai lokasi di Seoul, restoran, kolam renang, perpustakaan dan juga memakai pakaian-pakaian mahal. Jalan cerita klip video itu menampilkan seorang penyanyi berjenaka dengan wanita seperti menarik kerusi sehingga mereka jatuh dan membuka ikatan bikini wanita di kolam renang sebelum mengadakan perlawanan.

PSY – GENTLEMAN


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.