Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.

Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.

LELAKI MAUT MELEKAT DENGAN PASANGAN KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.

Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian. Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.

Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.

Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. – Daily Mail [mymetro]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.