Sebelum ini, Sharnaaz Ahmad telah memberikan penjelasan dan ulasannya menerusi video mengenai kontroversinya dengan Lisdawati dan Fauzi Nawawi. Terbaru, giliran Lisdawati pula memberi kenyataan dalam bentuk video.

Menurut Lisdawati dalam laporan Harian Metro, dia kini enggan dan serik memberikan kenyataan secara bertulis kepada media susulan konflik pergaduhannya dengan Sharnaaz Ahmad yang kecoh diperkatakan kebelakangan ini. Keputusan itu diambil bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau salah faham berterusan mengenai kenyataannya kepada media cetak pada masa akan datang.

video penjelasan lisdawati

“Saya memang nak selesaikan terus kes ini, nak tutup hari ini (semalam) juga sebab esok (hari ini) saya sudah nak pergi umrah. Minta maaf, saya tak nak bagi apa-apa komen untuk ditulis lagi, tetapi saya balas (jawab komen Sharnaaz) melalui visual (video) saja,” katanya.

Konflik itu dipercayai berpunca daripada tindakan Sharnaaz yang didakwa menengking Lisdawati di lokasi penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta pada malam 19 Februari lalu. Akibatnya, Lisdawati yang hamil lima bulan mengalami tekanan darah tinggi dan menjejaskan kestabilan kandungannya kerana trauma.

Tidak berakhir di situ, Sharnaaz juga didakwa cuba menyerang Lisdawati di lokasi drama sama pada malam 21 Februari dipercayai kerana dia berang dengan komunikasinya bersama Fauzi menerusi iPhone Message pada sebelah siang, hari yang sama. Susulan itu, Lisdawati dan suaminya, pelakon Fauzi Nawawi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Anda boleh saksikan video dibawah untuk:

VIDEO PENJELASAN LISDAWATI – MYMETROTV


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.