Baru hari ini ammboi sempat menulis mengenai kejadian yang menimpa Mat Tere. Kesian pada Mat Tere. Gara-gara video Mat Tere hina TMJ jadi viral tak pasal-pasal beliau masuk lokap.

Mat Tere atau nama sebenarnya Muhamad Zul Apis Baharom telah ditahan polis kes berhubung rakaman video yang didakwa hina atau memaki hamun Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sebagaimana yang semua orang maklum, Mat Tere adalah insan istimewa. Apa yang beliau nyatakan dalam video berkenaan pada ammboi bukanlah dari beliau sendiri.

Menurut sepupunya Yusrizam Ahmad, Mat Tere merupakan seorang yang tidak mempunyai akal panjang dan dikategorikan sebagai kurang cerdik serta sering menurut apa sahaja yang disuruh orang tanpa mengambil kira akibatnya.

Oleh itu, pihak keluarga Mat Tere merayu pihak berkuasa supaya tidak memanjangkan kes berkenaan. Ramai yang berpendapat Mat Tere telah dieksploitasi dan dianiayai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Yusrizam lagi, Mat Tere yang sudah kematian ibu kini dijaga bapa saudara memandangkan bapanya juga berkeadaan sama seperti beliau.

Menurut sumber berita kelmarin, Mat Tere atau Muhamad Zul Apis Baharom kini ditahan di lokap IPK Kelantan dan dijangka dibawa ke Johor Bharu untuk reman dan siasatan.

Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dipetik laporan Astro Awani berkata pihaknya menerima laporan berkaitan dengan penyebaran video menerusi Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan perkataan jelik pada Tunku Ismail pada jam 1.25 petang semalam.

Katanya, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, suspek yang dipercayai terbabit dengan video itu ditahan pada jam 3.50 petang tadi. Hasil penahanan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit Ex Mobile bagi membantu siasatan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya.

Selain itu, katanya lagi suspek boleh didenda RM1,000 selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.