Nazmi Faiz Mansor – Nama yang sedang meningkat naik dalam arena bolasepak negara memohon maaf kepada semua peminat dan rakan sepasukan akibat tindakannya itu menumbuk pemain Qatar yang nyaris-nyaris membawa padah kepada pasukannya. Beliau telah sedar akan kesilapannya itu, namun tindakannya itu ekoran kekasaran yang dilakukan oleh pemain Qatar terlebih dahulu.

Apapun, Nazmi yakin konsentrasinya tidak terjejas dengan insiden tersebut dan diharapkan beliau boleh mengambil iktibar diatas apa yang telah berlaku. Kesilapannya semalam mungkin boleh dijadikan peringatan yang cukup baik untuk beliau membina kariernya dimasa-masa hadapan. Pada aksi kelayakan Piala AFC nanti, Malaysia diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Taiwan, Filipina, Vietnam dan Myanmar.

VIDEO NAZMI FAIZ TUMBUK PEMAIN QATAR

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.