Alamak, Kilafairy telah dikritik peminatnya kerana satu video di Instagram yang menunjukkan beliau memakai baju besar hingga ke paras pangkal peha tanpa berseluar. Ternyata peminatnya tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Kilafairy dan ada yang menyifatkan beliau tidak menghormati bulan Ramadan.

Memetik laporan Ohbulan, difahamkan video berkenaan dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan label pakaiannya yang diberi nama ‘We Are Rack’ dan ketika itu Kilafairy bersama beberapa orang yang lain sedang mengadakan sesi bergambar di studio. Video itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada kebanyakan pengikut Kilafairy di laman sosial berkenaan kerana beranggapan pelakon itu tidak menghormati bulan puasa. Namun begitu, anak kepada penyanyi veteran, Rohana Jalil ini langsung tidak memberi tindak balas terhadap komen-komen negatif yang boleh dikatakan menghinanya tetapi sebaliknya hanya mendiamkan diri.

kilafairy

Dalam pada itu, masih ada peminatnya yang berfikiran positif dan beranggapan Kilafairy memakai legging mengikut warna kulit, namun ada juga yang menidakkan perkara itu.

Untuk penjelasan lanjut kena tunggu tuan punya badan beri kenyataan ajela, atau lebih baik Kilafairy diamkan sahaja. Apapun, semoga selepas ini Kilafairy lebih peka dengan sensitiviti masyarakat terutamanya peminat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.