Sebuah video memaparkan satu pendaratan ‘mengerikan’ sebuah pesawat menjadi perkongsian viral di laman sosial. Pesawat KLM Royal Dutch Airlines itu dirakam sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam.

Video pendaratan menggerikan pesawat KLM memang mendebarkan – Ketika pesawat itu sedang melakukan pendaratan ia dibadai angin kencang dengan kelajuan kira-kira 70km sejam. Pesawat Boeing 777 itu dilihat bergoyang kuat, namun kecekapan juruterbang berjaya juga mendaratkan pesawat berkenaan dengan selamat.

VIDEO PENDARATAN MENGGERIKAN PESAWAT KLM MEMANG MENDEBARKAN

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian lima hari lalu itu. Video yang dikongsi di laman Youtube itu kini mencecah tontonan lebih sembilan juta.

Beberapa bandar di Belanda, termasuk Amsterdam dilanda ribut musim panas, dengan kelajuan angin mencecah 75km sejam.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.