Seorang pengasuh kini berada dalam tahanan polis selepas satu rakaman video menunjukkan dia menendang dan memijak seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengadu sakit ketika makan malam.

Pengasuh berkenaan, Jolly Tumuhiirwe, 22, ditahan selepas bapa Aneela Kamanzi, Erick Kamanzi menemui kesan lebam pada badan anaknya. Kamanzi yang memasang kamera keselamatan di rumahnya terkejut melihat rakaman video yang menunjukkan anaknya diheret sebelum ditendang dan dipijak.

VIDEO PENGASUH KEJAM TENDANG DAN PIJAK BUDAK DUA TAHUN

Berikut adalah video pengasuh kejam tendang dan pijak budak dua tahun:

 

Laporan awal mendakwa Aneela mati akibat kejadian pada 15 November lalu, tetapi penyiasat mengatakan dia masih hidup dan kini semakin pulih daripada kecederaan. Kamanzi kemudian dikatakan menyerang Tumuhiirwe dengan teruk sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

p/s: Hmmm… Nasib baik dah kena tahan. Kita yang tengok ni pon rasa geram. Sama-sama kita ambil iktibar. Kadangkala, kita pun ada sikit-sikit terlanjur berkasar dengan anak-anak. Video sebegini bukan sekadar pengajaran, tetapi juga amaran kepada kita….


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.