Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan tarikh Hari Raya Aidiladha jatuh pada pada Selasa, 15 Oktober 2013. Pengumuman berkenaan disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1434 Hijrah ialah pada 6 Oktober 2013 Masehi. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Selasa, 15 Okt 2013 Masihi,” katanya dipetik sumber berkenaan.

Bagi mereka yang belum sempat menonton video pengumuman berkenaan ammboi ada sediakannya dibawah:

VIDEO PENGUMUMAN TARIKH HARI RAYA AIDILADHA 2013 – 1434 HIJRAH

Ok, dah sah pada Selasa ini kita akan beraya dan ammboi nak jadi paling awal ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada anda semua. Sekian, terima kasih.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.