Kesian Adam dan Fiza. Mereka yang sudah sah bergelar suami isteri pun masih diterjah dengan pelbagai kontroversi. Kadang-kadang agak melampau juga dunia hiburan dan gosip di Malaysia. Terbaru, Adam yang merupakan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) Musim 2 telah dikatakan terpaksa berkahwin dengan isterinya, Fiza Elite kerana Fiza tidak jadi bernikah dengan seseorang sebelum ini.

penjelasan adam dan fiza elite

Adam dituduh jadi ‘pak sanggup’ untuk menyelamatkan Fiza.Bagaimanapun Adam berkata, dia langsung tidak berniat sebegitu dan menerima Fiza seadanya dan dia sememangnya sanggup menjadi suami kepada Fiza. Bagi Adam, dakwaan berkenaan ternyata satu fitnah dan dia berharap, peminat dan pihak media hentikan fitnah sedemikian.

“Saya sanggup terima dia dan anak-anak dia,” jelas Adam menjawab tuduhan jadi pak sanggup.

Jom tonton video penjelasan penuh Adam AF2 dan Fiza Elite dibawah yang ammboi petik dari Melodi. Banyak juga penjelasan Adam berkenaan beberapa isu dan tuduhan yang dituju kepadanya.

Sumber video: MELODI (TV3)

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.