Dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari tadi Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 37, ditampar suspek lelaki yang datang dari arah belakang barisan makmum.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang mengalami masalah mental ingin mengimamkan solat jumaat pada hari ini di Masjid Negara sebelum berlaku insiden berkenaan.

VIDEO PENUH LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA KETIKA SOLAT JUMAAT

Pada awalnya ada yang mendakwa lelaki tampar imam masjid negara adalah lelaki Arab. Namun menerusi laporan terkini, pihak polis mengesahkan lelaki yang terbabit menampar imam Masjid Negara hari ini adalah warganegara India.

Video rakaman CCTV seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara ketika rakaat pertama solat Jumaat.

Posted by RAKAN AMMBOI on Friday, 18 September 2015

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, suspek ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis. Jelasnya, setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh pihak pengadu (imam masjid negara).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.