Seorang remaja maut selepas tertikam dengan keris ketika membuat pertunjukan silat dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Patau-Patau di Labuan, pada Sabtu.

Memetik sumber Berita Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

PESILAT MAUT SEPUPU TERTIKAM KERIS DI DADA

Sebaik kejadian itu, mangsa telah dibawa ke hospital dan masih sedarkan diri. Bagaimanapun, ketika menerima rawatan, pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak.

PESILAT MAUT SEPUPU TERTIKAM KERIS DI DADA 2

Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun .

“Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris. Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.”

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya. Suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.