Memetik laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya empat cedera termasuk petugas media dari China Press dan Sin Chew Daily dalam rusuhan membabitkan lebih 100 individu di depan Plaza Low Yat.

Plaza Low Yat punya angkara? Insiden kira-kira 12 malam itu dipercayai bermula apabila peserta perhimpunan bantahan aman tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pasukan polis dalam perbincangan.

Bagaimanapun, anggota polis berjaya mengawal keadaan itu dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang tiba jam 1 pagi dan susulan itu beberapa individu ditahan dan dibawa menaiki kereta peronda (MPV).

Sebelum ini, polis sudah memberi penjelasan dan tindakan yang dilakukan susulan isu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Plaza Low Yat malam semalam, kepada beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang datang membuat bantahan aman pada 6.30 petang tadi.

Berdasarkan kepada laporan Berita Harian Online pula, sekurang-kurangnya tiga individu cedera selepas sekumpulan lebih 100 lelaki merusuh berhampiran Plaza Low Yat di sini, malam tadi.

Rusuhan bermula berhampiran sebuah hotel di sini apabila kumpulan berkenaan mula menyerang seorang daripada mangsa menggunakan topi keledar dan beberapa objek lain.

Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan mangsa dan terpaksa mengeluarkan senjata untuk menghalang perusuh daripada menyerang mangsa, tetapi tidak berjaya.

Pada masa sama, sekumpulan 20 lelaki memasuki sebuah bangunan berhampiran dan melepaskan kemarahan dengan memecahkan pintu kaca premis berkenaan.

Polis mengarahkan kumpulan perusuh beredar pada jam 12.40 pagi. Sehingga kini, polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), masih berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Dalam laporan Harian Metro juga melaporkan, semua laluan berhampiran Plaza Low Yat termasuk Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa, mengesahkan keadaan kembali terkawal dan polis mengarahkan pemantauan secara penuh di semua kawasan berhampiran Bukit Bintang.

“Saya juga ingin menegaskan supaya semua pihak tidak terpengaruh dengan sebarang hasutan yang meminta orang ramai supaya turun ke sesuatu lokasi disebabkan masalah perkauman.”

Polis mengarahkan orang ramai beredar dari kawasan sekitar Bukit Bintang di sini, pada 4.19 pagi tadi.

Ini berikutan masih ramai yang berlegar-legar di sini dan dipercayai kumpulan awal yang cetus kekecohan di perkarangan Plaza Low Yat, tengah malam tadi.

Dalam pada itu, seorang pemandu kenderaan cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki yang berkumpul di tepi Jalan Tun Razak berhampiran Times Square, sebentar tadi.

Keadaan kembali tenang selepas polis berjaya mengawal keadaan dan orang ramai bersurai dari lokasi kejadian.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.